Wednesday, August 12, 2009

memori AFATS/ SPPTD intake29..

Hmmm..semenjak ada usaha untuk menyatukan semua intake29 AFATS atau SPPTD..tempat aku belajar dulu dari tahun 1996-1998, aku rasa macam dok terkenang2 saat bergelar budak perantis masa tu. Ingat lagi, kakak aku la yang rekomen kat aku untuk mohon masuk AFATS waktu aku belajar dulu kat SMKE VII, Taiping. Memang cita2 aku nk masuk askar, dan kebetulan aku ni datang dari keluarga yang susah, so bila ada peluang untuk join AFATS, aku pon laju je la mohon. Alhamdulillah, aku mohon dengan buddy baik aku si Botak (6972) dan kami dua2 dapat. Masa tu, aku cuma ingat bila masuk belajar kat AFATS ni, ringan la skit beban keluarga aku nak tanggung kami adik beradik untuk sekolah. Ye la, walaupun belajar dalam suasana ketenteraan, tapi segala yuran peperiksaan, buku2 dan lain2 ditanggung oleh ATM..siap dapat elaun bulanan lagi! Disinilah juga aku mengenal ertikata hidup yang sebenar..siapa kawan dan siapa lawan, walaupun at the end..semua jadi rapat sebab INTAKE29.. Ingat lagi kat beberapa orang jurulatih seperti Pok Sheikh ("dengar ni saye kate boyyy.."), En Harun (tiap kali terima elaun, mesti kena pi lapor kat dia di meja sebelah untuk potong bayar itu, ini..hampess..), Sjn Bukhori (tauke nasik lemak), Sjn Mat, Kpl Lajis (abih telinga aku kena gigit), Kpl Ramli, Mangkuk PTI, Kpl Wan, En Jasmin, dan ramai lagi..Semuanya popular dengan style yg tersendiri. Terkenang-kenang saat bila dapat elaun..pasti ramai pakat2 keluar ke pekan PD, Batu 4 atau Teluk Kemang..nak jauh skit pi Seremban. Rasanya kena pi mintak maaf kat tauke kedai mamak di PD tu pasal kalu budak AFATS masuk makan roti canai kedai dia, makan 2 bayar 1..atau makan 3 bayar 2..atau x bayar langsung! hehehehe.. Bab2 gaduh memang no1 budak2 AFATS ni. Kalu pi sokong team AFATS main sukan lawan ngan sekolah2 lain..menang atau kalah masa sukan tak penting, janji menang bertumbuk..hahahaha! Gila..team penyokong semua pakai seluar loreng ngan army boot. Maunya penyokong sekolah lain lebam kena belasah. Time break kul 10 pagi waktu kelas, mesti berlumba2 pi cook house pekena mi kari atau apa saja..kadang2 mi kari tu ada ulat, tapi belasah saja la. Ingat lagi kat Aci cook house yang selalu kena gossip..hehehe. Bagi yang banyak duit skit, leh makan kat kantin sambil dok usyar2 awek kantin tu (dah beranak pinak dah kot). Geng2 yang mempunyai master key masing2 mempunyai agenda yang tersendiri diwaktu kelapangan..hehehehe..x perlu dihuraikan..dan x kurang juga yg kantoi dan terpaksa menerima habuannya. Petang2 mesti kena 'FITIK'..pakat2 la duduk berlonggok tepi longkang besar tu atau bawah pokok mempelam besar buat2 sibuk. Ingat lagi 'peperangan besar' dengan budak2 awam di kawasan masjid pada malam tarawih. Hmmmm...kalu aku nak cerita satu persatu bab2 kenangan masa kat AFATS ni rasanya sampai minggu depan pun xkan abih. Apapun, secara jujurnya..aku bangga bergelar sebagai budak AFATS, sekolah yang mungkin x sehebat MTD (tapi berjaya gak kalahkan MTD masa main rugby), namun menyimpan antara kenangan aku yang terindah sepanjang menceburi bidang ketenteraan ni. Dari AFATS lah aku belajar mematangkan diri aku dan belajar susah payah bergelar sebagai seorang anggota tentera yang ingin berbakti kepada tanahair. Walaupun ada golongan2 AFATS yang mungkin merasakan waktu di AFATS sebagai membuang masa, ataupun mungkin dah TERLUPA DARATAN..pada aku, mereka membuat andaian yang salah serta mencerminkan sikap yang kurang matang dan kurang bersyukur. Biarlah kita semua merasa bangga diatas pencapaian hidup kita sebagai intake29 khususnya dan ex-AFATS umumnya. Sampai sekarang masih terngiang2 lagi lagu AFATS di telinga aku. Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan rahmat dariNya sentiasa.

16 comments:

chee said...

aku rasa sebak la skot dengar ko punya keluhan perantis ni.

kenangan yang di ceritakan dapat mengimbas kembali kenangan silam antara budak afats intake29.

paklong said...

kenangan terindah

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Wooo

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

R n H said...

hihihihi..banyak kenangan kat AFATS tu..maybe nanti kalu ada masa, aku nak pi lawat balik AFATS bila balik Msia nanti. Apapun, aku harap hangpa semua bangga jadi ex AFATS intake29.

bebert said...

akum ram..., hg punya crita trasa smpai kat dlm smpai menyusuk kalbu...........hg da la bnyak sejarahnya dng aku...warghh...warghh..wargh....dr AFATS smpai kadet.........ingat gunung tahan tak!!! pmilihan ATMA hg bwak blik sound besaq tu hg da pulang blik ke blm???? ......aiseh paklong mcm knal ja tmpat hg amik gambaq tu...hehehehehe KK London

Telipuk Kuala said...

Nostalgia habisss...hemmm...Aku pun srikandi jugak kekeke..walaupun sekejap. Merasa jugaklah berkawat kaki ayam tengah hari buta atas gelanggang simen sampai melecet tapak kaki. Walaupun teruk kena belasah kat kem Desa Pahlawan, tak sia-sia pengalaman tu...

R n H said...

Bert..hahahaha..ingat, awat x ingat pulokk..aku ada lg simpan gambo hang ngan aku masa kita camping kat gunung tahan tu..hahaha.speaker tu dah hancuss dah la bro. X sempat nak antar balik..hehehe

Sis, hahaha..kesan melecet tu ada lg x? Aku rasa, kalu hang dpt through pemilihan tu, mau skang ni hang dah pakai Mejar dah..hahaha

paklong said...

weh..weh..weh..

apa ni crita pasai melecet2 ni
hahahaha
ada skandal yer... ram ngan bebert
hampa buat per kat gunung tahan tu.
tau ler tempat tu sejuk
jeng..jeng..jeng..

paklong said...

Terima kasih bro Ram kerana sudi tel skot kat sabah ni. ni skype aku : rizam000, Ym: rizam_79.

Li belalang said...

macam mana ram boleh jadi askar ni... kalau jadi penulis, pengarang ker..novelis ker, lama2 kan ker dah boleh buat filem...waa...ganti yusof haslam.. buat cerita pasal budak afats..coming soon kut..aper pun yang hang citer tu sama ngan pengalaman yang lain lain, lebih kurang sama la..jadi aku nak mintak kebenaran hang nak copy hang nyer taip an ni untuk di masukkan ker blog ex afat29 amacam barani..

R n H said...

li, ko nak copy ke..nk wat ape ke..asal utk kebaikan semua..kawe xdok hal. Aku tulis ikut perasaan tu..hahaha..idup AFATS29!

R n H said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam buat brader AFATS

RAR (Ramli Abdul Rahim 530111 Intake 2) ucap salam ramadhan & aidilfitri. Sila singgah di http://afats1969.blogspot.com

016-6220603
Magenta Communication

Anonymous said...

Salam Ramdhan

RAR (Ramli Abdul Rahim 530111 Intake 2 AFATS).

http://afats1969.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Ramadhan

RAR (Ramli Abdul Rahim 530111 AFATS)

http://afats1969.blogspot.com

مسافر اسلام said...

salam ramadhn...semoga suksek ye..semoga afats terus maju
www.ex-afats34.blogspot.com

R n H said...

Terima kasih sudi singgah..hidup AFATS!