Friday, October 3, 2008

Aidilfitiri 2008..salam kejauhan....

Salam Aidilfitri...

Maaf Zahir dan Batin...Hmmmm...Lain bebenor rasenye beraye kat perantauan ni. Memang la raya tu, kat mana2 pun boleh raya tapi suasana saja yang tak akan sama kalau nak compare sambut raya kat tanahair sendiri ngan sambut raya kat bumi asing cam kat sini. Tapi, terus terang cakap, suasana kat sini pun leh tahan le hebatnya gak sebab macam kat Canberra ni ramai gak orang2 Melayu kita..tak kira la samada taraf diorang PR, student (tentera atau awam) dan yang datang melawat, masing2 sibuk bercerita sambil menikmati juadah yang disediakan secara gotong rotong oleh segelintir staff kedutaan Malaysia. Lepas sembahyang raya kat masjid yang kebetulannya bersebelahan dengan Kedutaan Malaysia, kitorang terus je serbu ke kedutaan. Baby Zahra happy tul..asyik dok sengih2 je coz pakai baju kembang ala2 princess yang mummy dia belikan. Dari pagi sampai ke malam, aktiviti kitorang sekeluarga adalah melaksanakan lawatan tak rasmi dari rumah ke rumah sambil memenuhkan perut...siap take a break balik umah jap untuk mengosongkan 'tank' sebelum sambung balik..hehehehe. Baby Zahra mood dia punya la baaaiiiikkkk time raya ni. Tak meragam langsung..sengih2, pastu tido...cuma merengek time nak susu ngan tukar lampin je. Ramai la gak kengkawan yang dok puji dia..tambah2 bila tengok dia pakai baju raya dia tu..mummy ngan daddy dia je yang takde baju raya..hehehehe..Memandangkan aku cuma dapat off sehari je, maka takleh la raya lebih2 coz esok nak keja balik. Syukuuuuurrrr sapa2 yang dapat raya kat Malaysia walaupun cuti cuma dapat dalam 3-4 hari kalu nak compare ngan aku. Tapi takpe coz next week aku dapat study leave seminggu. Esok ni (Sabtu) kitorang sekeluarga plan nak pi jalan2 ke Melbourne..mungkin lepak sana sampai Selasa. Sambil2 jalan tu, leh gak melawat sahabat2 yang berada di sana..especially kengkawan askar yang bertugas kat sana. Aku plan untuk tido semalam kat umah Mat Deli, my sedara yang baru kahwin ngan orang sini. So, sementara dia masih ada kat sini (dengar katanya baru je siap pindah umah baru ngan wife dia minggu lepas), leh la aku melawat dia..tengok macam mana kehidupan dia kat sini...lagipun, aku memang dah lama tak jumpa dia. Ok la, aku mintak diri dulu coz nak kemaskan beg2 untuk pi Melbourne sok pagi. Huda tengah busy dok prepare bekal nasik lemak untuk sok pagi..hehehe..Ni aku ada sertakan gambar2 raya untuk tatapan semua..take care dan salam semua..


Gambar ngan rocker yang baru aku belikan supaya dia leh lepak diam2 kat situ..

Hehehe..sengih je dia pakai baju raya....ala2 princess gitu..

Gambar raya pertama yang lengkap sebagai satu keluarga....

Posing sakan dulu sebelum pi sembahyang raya...

Baju raya memang takde tema tahun ni...darurat le katakan...

Princess kocik ngan mummy dia yang melaram pakai kebaya semenjak body dah susut ni..hehehe..

Say cheeseeeeeeeeee...

Haaaa...mula la tu nak mengamuk...

Gambar masa sambutan raya peringkat Kedutaan Malaysia..kehkehkeh...

My wife, Huda and the gang.....

Kelihatan 3 orang dadddy sedang bergelak ketawa menumpang gambar kat belakang...

Gambar Huda ngan Kak Rozie (staff kedutaan-baju coklat) semasa beraya kat umah dia. Sebelah Huda tu..eerrr..lupa lak apa nama dia dan yang si kocik berbaju kurung hijau tu anak Kak Rozie..

My wife ngan anak2 kepada Kak Ani, wife kepada Lt Kol Manaf yang muka dia iras2 cam muka bapak mertua aku..hehehe...

Baby Zahra dalam her car seat yang kepenatan beraya dek mengikut mak bapak dia..cian dia..hehehe