Saturday, October 11, 2008

Jalan2 Melbourne..

Salam..

Sempena study leave seminggu (4 Oct - 12 Oct 08), kami sekeluarga mengambil kesempatan pergi jalan2 jap ke Melbourne sambil melawat saudara (Mat Deli) yang baru je melangsungkan perkahwinan ngan orang sini. Memandangkan kitorang drive ke sana, maka aku mengambil keputusan untuk bergerak pada sebelah pagi 4 Oct dan singgah bermalam di rumah salah seorang pegawai ATM, Capt Zainal and his wife Kak Aisyah (tima kasih bebanyak coz bagi kitorang menumpang tido..hehehe) yang bertugas cam aku gak di Kem Tentera Puckapunyal, Victoria...err, tu pun lagi sejam nak sampai Melbourne tu. Sambil2 tu, leh gak melawat Maj Zulkarnain yang tinggal berjiran kat situ...hehehe, kalu nak tahu..kita ada 2 seconded officers kat sini. Keesokan harinya, kitorang semua bertolak sekali ke Melbourne untuk menghadiri open house sempena raya kat umah Maj Ismail and family, lagi satu seconded officer yang tinggal kat Melbourne..haaa..kat situ meriah le gak coz leh berjumpa ngan ramai pegawai2 ATM samada yang sedang bertugas disini cam aku dan jugak yang sedang menghadiri kursus. Setelah memenuhkan perut, aku sekeluarga mintak diri coz dah janji ngan Mat Deli untuk tumpang bermalam kat umah dia sampai hari Rabu...kitorang sampai umah dia dah hampir Maghrib dah time tu..wife Mat Deli masakkan kitorang nasik ngan lauk pauk yang menyebabkan aku 'terpaksa' memenuhkan perut lagi sampai sebu..hehehehe..abih tu, sapa yang tak selera bila sampai2 je terus dihidangkan ngan sambal udang (udang besau2 tuuuu..), kari ikan dan nasik himpit..hehehehe. Memang seronok kitorang stay kat umah diorang...tambah2 lagi bila kita tahu yang kita ada sedara mara kat sini..takde la rasa sunyi bila dok jauh di perantauan ni..hehehe. Tima kasih banyak la kepada Mat Deli and wife yang tak jemu2 melayan kami yang menumpang teduh ni...silalah jemput ke Canberra nanti ye..dan kalu datang tu, wajib tido kat umah kitorang aa..hehehe. Program berjalan kat Melbourne takde la padat sangat coz bagi kitorang, the main reason why we going there is..just to meet our relative and friends. Yang lain2 tu, tengok la kalu sempat..lagi pun, first trip ni saja tinjau2 dulu sebelum yang betul2 proper punya.. Kitorang sempat le gak gi jalan2 kat Ballarat (tempat melombong emas satu masa dulu..pekan koboi)..yang tak sangkanya tu, leh terserempak gak ngan geng2 pegawai ATM dari Canberra yang datang jalan2 kat situ...hehehe. Pastu, hari yang lainnya, kitorang just pusing2 town ngan shopping mall je sebelum bergerak balik..Emmm, kitorang sampai umah jam 3 pagi..huhuhu...7 jam drive maaa...campur berhenti2 lagi. So, semalam ngan hari ni..kitorang just memenuhkan undangan open house keluarga2 melayu kat sini. Ni pun, baru je sampai umah. Sayu je aku nengok gambar kampung@umah aku yang terbaru dalam blog akak aku yang terbaru ni..iskiskisk..sentimental le plak time tu. Tak sabar nak tunggu tahun depan untuk abiskan kontrak aku kat sini..hehehehe.


Fm left: Kak Nor (wife Maj Omar TUDM), Kak Iti (wife Kol Faudzi TUDM) ngan Huda kat salah satu gerai koboi di Ballarat.

My wife ngan baby, hujan time kitorang datang sini...

Fm left: Maj Mona (wife Capt Jaafar), Kak Salwa (wife Maj Zul..cam muka akak aku kat KL je..hehehe), Kak Ros (wife Maj Ismail), Kak Aisyah (wife Capt Zainal) and Huda.

Eh! Suka lak dia...

Gambar kenangan ngan family Maj Zul ngan Capt Zainal di Puckapunyal sebelum gerak ke umah Maj Ismail.

Tengah standby untuk masuk dalam lombong bawah tanah kat Ballarat ni...sebelah kiri sekali tu ialah Kol Faudzi TUDM.

Me, my wife, baby Zahra ngan salah seorang anak Maj Omar TUDM.

Kiri sekali tu ialah Maj Omar TUDM..ni gambar kitorang ramai2 dalam pusat bowling zaman koboi kat Ballarat ni..hahahaha..

Kat belakang kitorang tu ada 2 je lane bowling..lane dibuat daripada kayu dan ball ngan pin dibuat daripada batu. Lepas baling, pungut sendiri laa..

Dalam gerai pembuatan barang2 tembaga..

Cute tak I?...hehehehe

Blues supporter...(NSW rugby team)

Dah pandai posing dah sekarang ni...tu tengah rimas le tu...

Bergambar kenangan ngan family Mat Deli..happy sangat dapat stay ngan diorang semua.

Kawasan mendulang emas (cam kat Rusila, Tgganu kiteee) di Ballarat.

I tak kisah kalu you all nak amik gambar I posing..hehehehe

Susah tul nak snap gambar budak kocik ni time dia tengah gumbira..ni kira nasib baik le dapat ni.

Senyuuuuummmmm.....

Gambar Huda ngan kawan2 masa open house di umah Lt Kdr Najahan TLDM. Yang berdiri dukung baby sebelah Huda tu Kak Mislea (wife Maj Rizan), yang duduk kat tengah2 pakai tudung warna cam purple pudar sambil riba anak tu Kak Siti (wife Lt Kdr Najahan TLDM)..Yang duduk sebelah Kak Mislea tu wife pegawai dari Pakistan..dari kiri tu Kak Iti ngan Kak Nor..yang lain2 tu, aku lupa lak nama diorang..hehehehe..sorry aaa..

Haaaaa...ni anak2 Kak Iti.....jurufoto rasmi sempena open house kat umah Lt Kdr Najahan TLDM..hehehehe..sapa2 nak upah amik gambar..atau tolong vacuum carpet kat umah..hehehe..tak mahal, AUD$50.00 je seminit!..Harga bleh runding...kikikik...

Ok...tu je buat masa ni...take care semua...salammmm.....