Sunday, June 28, 2009

Fishing Trip

Setelah berbulan2 dok plan utk memancing (mengai org kampung aku panggil..hehehe), maka pada petang Jumaat baru2 ni, kitorang berlima (aku, Mej Zahidi TUDM, Lt Kdr Zamri TLDM, SSjn Khairil dan Kpl Rashid) bertolak ke Torrus Head, Batesman Bay, NSW selepas Isyak. Perjalanan memakan masa selama 2 jam setengah terasa berbaloi setelah kehadiran kami di tepi pantai disambut dengan kegalakan ikan2 Salmon serta angin yang sejuk teramat. Acara memancing terus berlangsung sampai sekitar kul 6 pagi keesokan harinya dan kami berjaya mendaratkan lebih kurang 32 ekor ikan Salmon dan seekor ikan Snapper. Walaupun joran aku x sesuai utk memancing di pantai (beli time nak bertolak..hehehe), tapi berbaloi le gak coz hanya aku sorang yg berjaya mendaratkan ikan Snapper..hehehe..ye la, mana taknya..Salmon mana mampu joran aku nak heret naik ke darat! Putus tali joran aku! Apapun, kitorang enjoy dan pasti akan kembali selepas ini dengan tahap kesiapsiagaan yg lebih lagi..hehehehe...


Hasil tangkapan kitorg sekitar jam 4.45 pagi..
Pemandangan jeti bot kat Batesman Bay time kitorg lalu masa nak bertolak balik..
Pergghh..sapa nak makan banyak2 ni..
Next time kita pi lagi noo...

Old friend visit..

Minggu lepas, sahabat aku dari Malaysia iaitu Kapt Fedzrol Norazam dan isteri datang bercuti jalan2 kat sini. Diorg stay kat umah aku for 2 nights setelah jalan2 dari Melbourne dan akan bergerak ke Sydney sebelum bertolak balik ke Msia dari Melbourne Airport. Acara seperti biasa utk program ni..hehehehe..bawak jalan2 sekitar Canberra. Kapt Fedzrol ni merupakan rakan satu kursus masa jadi kadet kat RMC Duntroon..skang ni dah jadi pilot dalam PUTD. Leh la kawan2 nak tumpang naik heli nanti..hehehehe..


Kat Weston Park, Yarrallumla..
Kangaroo ni fed up coz keheningan paginya dikacau oleh kami..hehehe
Tgh bagi swan makan dedak..eh silap..roti..
Jaga2..nanti swan tu sondol kalu x senyum..

Food Testing..

Dalam blog baru2 ni, ada mention pasal food testing (satay) yg kitorg plan nak buat pada birthday Zahra nanti..tapi, lupa lak nak masukkan gambar time proses 'menghanguskan' satay sedang berlangsung..hehehehe. Hari ni, kitorg dah tempahkan birthday kek (halal punye..) utk Zahra..siap ada gambar Barbie Princess lagi!


Semenjak leh crawling ni, abis satu rumah ditawafnya..
Inilahhh..barrriisan kitaaa...
Testing..testing..1,2,3..hehehehe
Ada gaya chef x?..
X sabau nak melahap nii...sluurrppp..