Sunday, June 28, 2009

Fishing Trip

Setelah berbulan2 dok plan utk memancing (mengai org kampung aku panggil..hehehe), maka pada petang Jumaat baru2 ni, kitorang berlima (aku, Mej Zahidi TUDM, Lt Kdr Zamri TLDM, SSjn Khairil dan Kpl Rashid) bertolak ke Torrus Head, Batesman Bay, NSW selepas Isyak. Perjalanan memakan masa selama 2 jam setengah terasa berbaloi setelah kehadiran kami di tepi pantai disambut dengan kegalakan ikan2 Salmon serta angin yang sejuk teramat. Acara memancing terus berlangsung sampai sekitar kul 6 pagi keesokan harinya dan kami berjaya mendaratkan lebih kurang 32 ekor ikan Salmon dan seekor ikan Snapper. Walaupun joran aku x sesuai utk memancing di pantai (beli time nak bertolak..hehehe), tapi berbaloi le gak coz hanya aku sorang yg berjaya mendaratkan ikan Snapper..hehehe..ye la, mana taknya..Salmon mana mampu joran aku nak heret naik ke darat! Putus tali joran aku! Apapun, kitorang enjoy dan pasti akan kembali selepas ini dengan tahap kesiapsiagaan yg lebih lagi..hehehehe...


Hasil tangkapan kitorg sekitar jam 4.45 pagi..
Pemandangan jeti bot kat Batesman Bay time kitorg lalu masa nak bertolak balik..
Pergghh..sapa nak makan banyak2 ni..
Next time kita pi lagi noo...

2 comments:

Telipuk Kuala said...

Dah digulaikan ke ikan-ikan tu? Goreng pun sodap!!! Ha...ha...itu kata-kata dari orang yang tak makan ikan.

R n H said...

Daaahhh..kitorg buat masak asam pedas..sekor je la. Yg lain2 tu bagi kat kawan2..heheheh