Monday, December 14, 2009

Farewell...RMC (Part 1)

Salam...

Lama sungguh rasanya x menulis dalam blog aku ni. Pertama, sebab aku busy dengan urusan kadet dan pers admin..dan kedua aku rasa macam aku x cukup masa utk mngadap komputer/ blog aku ni lama2 bagi sesi penulisan..hahahaha..facebook lebih cepat dan efisien namun, x dapat dinafikan, kita leh express macam2 kat blog..tulis saja apa yg ada dalam kepala dan hati. Once dah tulis, rasa lapang je fikiran.

Ok, kali ni aku cuma nak fokus pada tamatnya tugas aku sebagai seorang jurulatih kadet di bumi asing ni. 2 tahun berada disini macam x terasa...cepat sungguh masa berlalu..sedar2 je dah 2 tahun! Anyway, bagus gak..kalu lama2 kat sini, dan buat tugas (skop) yang sama selama 2 tahun, aku rasa boring gila aaa..masuk hutan keluar hutan plus tugas2 'berat'..kalu setahun, aku rasa sudah mencukupi dan tahun yg kedua tu patutnya buat penugasan lain. Tapi sini, memandangkan tugas tu sudah termaktub dalam agreement between Malaysian and Australian Defence Force..so xleh la nak apa2. Aku terima dengan seadanya.

Pengalaman 2 tahun kat sini amat bermakna bagi aku..bermula sebagai seorang kadet lepasan institusi yang sama, dan kembali sebagai seorang jurulatih..aku rasa satu pencapaian yg pada diri aku amat bermakna. Bukan bermaksud aku bangga, tapi lebih merupakan satu pencapaian peribadi bagi diri aku. Ye laa..sapa sangka dulu aku ni anak seorang pesawah yg rumahnya di tengah2 sawah, jauh daripada rumah orang..bermandikan air telaga dan berpelita di malam hari.
Makan mewah jauh sekali cuma bersyukur dengan apa yg ada. Biarpun aku ni kategori yg 'buas'dan 'nakal'...asyik kena rembat je ngan arwah Tok Wan aku...namun, jauh disudut hati, aku tahu apa yg aku mahukan dalam hidup. X sangka selepas tengok gambar ayah aku masa dia join RELA..gambar pegang senapang M-16 ngan baju uniform..tambah pulak bila tengok gambar perarakan hari Merdeka..part yang paling aku tunggu ialah lintas hormat oleh kontinjen ATM..so, bila kat tadika cikgu tanya aku bila besar nanti nak jadi apa?..aku terus je jawab, "Saya nak jadi askar, cikgu"...Heh...Alhamdulillah, tercapai gak hajat aku nak masuk askar ni..semuanya bermula dengan join Sekolah Perantis Putera (AFATS), PD...sampai la masuk kadet.

Budaya kerja kat sini memanglah tsangat berbeza dengan budaya kerja kat Malaysia..dari perspektif cara askar bekerja la. Mat saleh ni sangat komited dengan tugas, namun cara diorang bekerja amatlah 'relax'..xde nak pressure2 cam kita kat Malaysia. Diorang amat professional, xde nak 'shortcut2' bila buat sesuatu perkara...kiranya kita boleh panggil 'straight' la..namun, x semuanya bagus. Ada golongan yang tahap hampeh pun ada..baik dari segi kerja atau attitude. Pada aku, sepanjang pemerhatian aku kat sini, aku boleh rumuskan yang mat2 saleh ni ada golongan yang hipokrit..nampak baik didepan, namun tidak di belakang. Suka menganggap diri dia sendiri saja yang bagus, cakap dia saja yang bagus orang lain x, suka pandang rendah pada orang lain dan suka mengumpat cam org2 kita gak. Contohnya, pagi ni bila Boss buat 'morning prayer' dan bgtau apa yg dia expect, diorang semua ni kata..bagus..baik..idea yg bernas etc...Pastu, masuk lepas tghari..mula la cakap idea orang bodoh la..patut buat camni bukan camtu..itu ini dan berbagai lagi. Seperkara lagi, sudah terang lagi bersuluh...90% golongan ni tidak suka kepada agama Islam. Biarpun dia baik ngan kita, namun jauh disudut hati kebencian kepada Islam itu boleh dilihat. Aku dah beberapa kali dengar puak2 ni dok bersembang pasal agama Islam ni..macam2 perkara buruk yg aku dengar. Namun begitu, diorang hormat aku dan so far xde la cakap terang2 kat aku..cuma telinga aku ni boleh tangkap apa yg diorang bualkan..lagipun, gelaran glamour aku kat sana ialah 'Spy' so, act like one laaa.

Overall, biarpun begitu..banyak gak pengalaman yang mggembirakan sepanjang aku dan keluarga berada disini. Kalu nak ceritakan satu persatu mahunya sampai minggu depan aku x habis menaip lagi ni! Seronok dapat bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, melancong tengok tempat orang dan yang paling best, dapat baby kat sini biarpun berhabis duit sendiri dan xleh nak claim balik dari askar kita..xpe la..aku ni cuma Kapt cabuk je. So, farewell RMC of Duntroon, 9 Gymkhana Road (umah aku), YEV 07X (keta Ferrari aku)...dan Australia. InsyaAllah kalu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, aku datang lagi.

p/s: Kalu ada masa, nanti aku uploadkan gambar2 dalam Part 2.

2 comments:

Telipuk Kuala said...

Ke nak selamat tinggal kat dunia blog ni juga?...almaklumlah balik Msia nanti lagilah sibuk tak sempat nak hadap kan...ha..ha..ha...

Am so proud of you. All the best!

R n H said...

kehkehkeh..

Dalam sungguh kata2 mu ituss..Hahaha..InsyaAllah...maybe x kerap, but maintain lagi...

Thank you for your support.See U in Malaysia soon!