Wednesday, August 12, 2009
memori AFATS/ SPPTD intake29..
Hmmm..semenjak ada usaha untuk menyatukan semua intake29 AFATS atau SPPTD..tempat aku belajar dulu dari tahun 1996-1998, aku rasa macam dok terkenang2 saat bergelar budak perantis masa tu. Ingat lagi, kakak aku la yang rekomen kat aku untuk mohon masuk AFATS waktu aku belajar dulu kat SMKE VII, Taiping. Memang cita2 aku nk masuk askar, dan kebetulan aku ni datang dari keluarga yang susah, so bila ada peluang untuk join AFATS, aku pon laju je la mohon. Alhamdulillah, aku mohon dengan buddy baik aku si Botak (6972) dan kami dua2 dapat. Masa tu, aku cuma ingat bila masuk belajar kat AFATS ni, ringan la skit beban keluarga aku nak tanggung kami adik beradik untuk sekolah. Ye la, walaupun belajar dalam suasana ketenteraan, tapi segala yuran peperiksaan, buku2 dan lain2 ditanggung oleh ATM..siap dapat elaun bulanan lagi! Disinilah juga aku mengenal ertikata hidup yang sebenar..siapa kawan dan siapa lawan, walaupun at the end..semua jadi rapat sebab INTAKE29.. Ingat lagi kat beberapa orang jurulatih seperti Pok Sheikh ("dengar ni saye kate boyyy.."), En Harun (tiap kali terima elaun, mesti kena pi lapor kat dia di meja sebelah untuk potong bayar itu, ini..hampess..), Sjn Bukhori (tauke nasik lemak), Sjn Mat, Kpl Lajis (abih telinga aku kena gigit), Kpl Ramli, Mangkuk PTI, Kpl Wan, En Jasmin, dan ramai lagi..Semuanya popular dengan style yg tersendiri. Terkenang-kenang saat bila dapat elaun..pasti ramai pakat2 keluar ke pekan PD, Batu 4 atau Teluk Kemang..nak jauh skit pi Seremban. Rasanya kena pi mintak maaf kat tauke kedai mamak di PD tu pasal kalu budak AFATS masuk makan roti canai kedai dia, makan 2 bayar 1..atau makan 3 bayar 2..atau x bayar langsung! hehehehe.. Bab2 gaduh memang no1 budak2 AFATS ni. Kalu pi sokong team AFATS main sukan lawan ngan sekolah2 lain..menang atau kalah masa sukan tak penting, janji menang bertumbuk..hahahaha! Gila..team penyokong semua pakai seluar loreng ngan army boot. Maunya penyokong sekolah lain lebam kena belasah. Time break kul 10 pagi waktu kelas, mesti berlumba2 pi cook house pekena mi kari atau apa saja..kadang2 mi kari tu ada ulat, tapi belasah saja la. Ingat lagi kat Aci cook house yang selalu kena gossip..hehehe. Bagi yang banyak duit skit, leh makan kat kantin sambil dok usyar2 awek kantin tu (dah beranak pinak dah kot). Geng2 yang mempunyai master key masing2 mempunyai agenda yang tersendiri diwaktu kelapangan..hehehehe..x perlu dihuraikan..dan x kurang juga yg kantoi dan terpaksa menerima habuannya. Petang2 mesti kena 'FITIK'..pakat2 la duduk berlonggok tepi longkang besar tu atau bawah pokok mempelam besar buat2 sibuk. Ingat lagi 'peperangan besar' dengan budak2 awam di kawasan masjid pada malam tarawih. Hmmmm...kalu aku nak cerita satu persatu bab2 kenangan masa kat AFATS ni rasanya sampai minggu depan pun xkan abih. Apapun, secara jujurnya..aku bangga bergelar sebagai budak AFATS, sekolah yang mungkin x sehebat MTD (tapi berjaya gak kalahkan MTD masa main rugby), namun menyimpan antara kenangan aku yang terindah sepanjang menceburi bidang ketenteraan ni. Dari AFATS lah aku belajar mematangkan diri aku dan belajar susah payah bergelar sebagai seorang anggota tentera yang ingin berbakti kepada tanahair. Walaupun ada golongan2 AFATS yang mungkin merasakan waktu di AFATS sebagai membuang masa, ataupun mungkin dah TERLUPA DARATAN..pada aku, mereka membuat andaian yang salah serta mencerminkan sikap yang kurang matang dan kurang bersyukur. Biarlah kita semua merasa bangga diatas pencapaian hidup kita sebagai intake29 khususnya dan ex-AFATS umumnya. Sampai sekarang masih terngiang2 lagi lagu AFATS di telinga aku. Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan rahmat dariNya sentiasa.
Tuesday, July 21, 2009
Just another happy days..
Emm..semenjak dah masuk kerja ni, sibuk le gak sepanjang minggu. Pegi awal pagi, balik petang. Next week, masuk hutan kat sebelah airport tu 5 hari..sejuk gila aaa..suhu minus kalu time malam. Anyway, sedikit perkembangan pasal Zahra..dia dah pandai nak berdiri dah dan bertatih perlahan2. Mulut pot..pet..pot..pet sekarang ni..dan rajin tegur orang tak kira siapa. Baru je beli mainan yg galakkan dia berdiri dan bertatih..atau walker. Happy tengok dia berdiri dan cuba sorong walker tu terketek-ketek..comey sgt. Alamak! Esok ada physical training ngan kadet pagi2 buta!! Aaarrgghhhhhhhhh....keras beku le aku sok jawabnya..!
Tuesday, July 7, 2009
Ahad lepas pada 5 Julai 09, maka genaplah setahun usia puteri kesayangan kami, Nur Zahra Raudhah. Kebetulan dalam minggu tu, aku bercuti seminggu sempena semester break so, leh la fokuskan utk sambutan hari lahirnya. Memang kitorang dah rancang utk ajak kawan2 datang dan menu utama hari tu selain daripada chocolate mudcake (halal punye aa..) ialah satay dan nasi briyani daging. Kitorang organise jamuan ni utk 2 kumpulan iaitu kumpulan pertama staff2 RMC dan kumpulan kedua community Malaysia around Canberra. Hehehe..penat gak coz jemputan agak ramai tapi rasa puas hati coz kebanyakan makanan habis. Cuma tinggal satay je yg x dapat dihabiskan dalam 150 cucuk daripada 860 cucuk kesemuanya. Emm..kepada Zahra, daddy ngan mummy ucapkan selamat hari lahir yg pertama, semoga panjang umur dan murah rezeki serta menjadi anak yg taat kepada perintahNya..amin. Luv u so much!
Penat oo cucuk sate ni..nasib baik ada Mej Hamim & K. Ita, Mej Rosli & K. Mazuin serta Mej Zahidi & K. Azzah datang membantu..
Lawa x?..hihihi
Sunday, June 28, 2009
Fishing Trip
Setelah berbulan2 dok plan utk memancing (mengai org kampung aku panggil..hehehe), maka pada petang Jumaat baru2 ni, kitorang berlima (aku, Mej Zahidi TUDM, Lt Kdr Zamri TLDM, SSjn Khairil dan Kpl Rashid) bertolak ke Torrus Head, Batesman Bay, NSW selepas Isyak. Perjalanan memakan masa selama 2 jam setengah terasa berbaloi setelah kehadiran kami di tepi pantai disambut dengan kegalakan ikan2 Salmon serta angin yang sejuk teramat. Acara memancing terus berlangsung sampai sekitar kul 6 pagi keesokan harinya dan kami berjaya mendaratkan lebih kurang 32 ekor ikan Salmon dan seekor ikan Snapper. Walaupun joran aku x sesuai utk memancing di pantai (beli time nak bertolak..hehehe), tapi berbaloi le gak coz hanya aku sorang yg berjaya mendaratkan ikan Snapper..hehehe..ye la, mana taknya..Salmon mana mampu joran aku nak heret naik ke darat! Putus tali joran aku! Apapun, kitorang enjoy dan pasti akan kembali selepas ini dengan tahap kesiapsiagaan yg lebih lagi..hehehehe...
Hasil tangkapan kitorg sekitar jam 4.45 pagi..
Old friend visit..
Minggu lepas, sahabat aku dari Malaysia iaitu Kapt Fedzrol Norazam dan isteri datang bercuti jalan2 kat sini. Diorg stay kat umah aku for 2 nights setelah jalan2 dari Melbourne dan akan bergerak ke Sydney sebelum bertolak balik ke Msia dari Melbourne Airport. Acara seperti biasa utk program ni..hehehehe..bawak jalan2 sekitar Canberra. Kapt Fedzrol ni merupakan rakan satu kursus masa jadi kadet kat RMC Duntroon..skang ni dah jadi pilot dalam PUTD. Leh la kawan2 nak tumpang naik heli nanti..hehehehe..
Kat Weston Park, Yarrallumla..
Food Testing..
Dalam blog baru2 ni, ada mention pasal food testing (satay) yg kitorg plan nak buat pada birthday Zahra nanti..tapi, lupa lak nak masukkan gambar time proses 'menghanguskan' satay sedang berlangsung..hehehehe. Hari ni, kitorg dah tempahkan birthday kek (halal punye..) utk Zahra..siap ada gambar Barbie Princess lagi!
Semenjak leh crawling ni, abis satu rumah ditawafnya..
Tuesday, June 23, 2009
Salam..
Yahoo..next week kawe cuti seminggu! Pagi tadi 1st Class cadet dah pun selamat tamat latihan. So, adik2 diorg akan jadi senior lak 6 bulan yg akan dtg..dan aku..masih buat kerja2 yg sama. Anyway, blog kali ni ditujukan kepada isteri tercinta sempena hari lahirnya yg ke 26 pada 21 June lepas. Next week pada 5 July..Zahra pulak dah masuk setahun..pheergghh! Cepat sungguh masa berlalu yea. Aku pun rasanya makin tua dah 23 July ni..hehehehe. So, time birthday wife aku ni kitorg sambut secara sederhana..biasa la acara family. Keluar makan KFC (yg halal punya tau!), then gi jalan2 kat taman serta acara "memilih" hadiah yg pastinya aku bagi wife pilih sendiri mana yg dia suka. Apa hadiahnya? Tanya la tuan punya diri yea..hihihi.. Utk sambutan birthday Zahra ni, kitorg plan utk ajak kengkawan dtg umah makan2. Siap beli BBQ set dah haaa utk persiapan menghanguskan satay..hehehehe..(food testing dah berjaya dilaksanakan dengan jayanya!). Hmm..utk mummy, semoga panjang umur dan di berkati Allah SWT selalu..Luv u!





Yahoo..next week kawe cuti seminggu! Pagi tadi 1st Class cadet dah pun selamat tamat latihan. So, adik2 diorg akan jadi senior lak 6 bulan yg akan dtg..dan aku..masih buat kerja2 yg sama. Anyway, blog kali ni ditujukan kepada isteri tercinta sempena hari lahirnya yg ke 26 pada 21 June lepas. Next week pada 5 July..Zahra pulak dah masuk setahun..pheergghh! Cepat sungguh masa berlalu yea. Aku pun rasanya makin tua dah 23 July ni..hehehehe. So, time birthday wife aku ni kitorg sambut secara sederhana..biasa la acara family. Keluar makan KFC (yg halal punya tau!), then gi jalan2 kat taman serta acara "memilih" hadiah yg pastinya aku bagi wife pilih sendiri mana yg dia suka. Apa hadiahnya? Tanya la tuan punya diri yea..hihihi.. Utk sambutan birthday Zahra ni, kitorg plan utk ajak kengkawan dtg umah makan2. Siap beli BBQ set dah haaa utk persiapan menghanguskan satay..hehehehe..(food testing dah berjaya dilaksanakan dengan jayanya!). Hmm..utk mummy, semoga panjang umur dan di berkati Allah SWT selalu..Luv u!
BBQ set yg portable punya..leh usung ke mana2..
Zahra ngan friend, Mirza..anak kepada Abg Taufik dan K. Rozie (staff kedutaan)
Zahra tgh check facebook Zahra ni..jgn kacau aaa..
Jalan2 kat taman sambil di 'pau' oleh swan..
Macam pernah tgk tempat ni..hehehe..anyone?
Birthday girl....
Subscribe to:
Posts (Atom)