Friday, October 3, 2008

Aidilfitiri 2008..salam kejauhan....

Salam Aidilfitri...

Maaf Zahir dan Batin...Hmmmm...Lain bebenor rasenye beraye kat perantauan ni. Memang la raya tu, kat mana2 pun boleh raya tapi suasana saja yang tak akan sama kalau nak compare sambut raya kat tanahair sendiri ngan sambut raya kat bumi asing cam kat sini. Tapi, terus terang cakap, suasana kat sini pun leh tahan le hebatnya gak sebab macam kat Canberra ni ramai gak orang2 Melayu kita..tak kira la samada taraf diorang PR, student (tentera atau awam) dan yang datang melawat, masing2 sibuk bercerita sambil menikmati juadah yang disediakan secara gotong rotong oleh segelintir staff kedutaan Malaysia. Lepas sembahyang raya kat masjid yang kebetulannya bersebelahan dengan Kedutaan Malaysia, kitorang terus je serbu ke kedutaan. Baby Zahra happy tul..asyik dok sengih2 je coz pakai baju kembang ala2 princess yang mummy dia belikan. Dari pagi sampai ke malam, aktiviti kitorang sekeluarga adalah melaksanakan lawatan tak rasmi dari rumah ke rumah sambil memenuhkan perut...siap take a break balik umah jap untuk mengosongkan 'tank' sebelum sambung balik..hehehehe. Baby Zahra mood dia punya la baaaiiiikkkk time raya ni. Tak meragam langsung..sengih2, pastu tido...cuma merengek time nak susu ngan tukar lampin je. Ramai la gak kengkawan yang dok puji dia..tambah2 bila tengok dia pakai baju raya dia tu..mummy ngan daddy dia je yang takde baju raya..hehehehe..Memandangkan aku cuma dapat off sehari je, maka takleh la raya lebih2 coz esok nak keja balik. Syukuuuuurrrr sapa2 yang dapat raya kat Malaysia walaupun cuti cuma dapat dalam 3-4 hari kalu nak compare ngan aku. Tapi takpe coz next week aku dapat study leave seminggu. Esok ni (Sabtu) kitorang sekeluarga plan nak pi jalan2 ke Melbourne..mungkin lepak sana sampai Selasa. Sambil2 jalan tu, leh gak melawat sahabat2 yang berada di sana..especially kengkawan askar yang bertugas kat sana. Aku plan untuk tido semalam kat umah Mat Deli, my sedara yang baru kahwin ngan orang sini. So, sementara dia masih ada kat sini (dengar katanya baru je siap pindah umah baru ngan wife dia minggu lepas), leh la aku melawat dia..tengok macam mana kehidupan dia kat sini...lagipun, aku memang dah lama tak jumpa dia. Ok la, aku mintak diri dulu coz nak kemaskan beg2 untuk pi Melbourne sok pagi. Huda tengah busy dok prepare bekal nasik lemak untuk sok pagi..hehehe..Ni aku ada sertakan gambar2 raya untuk tatapan semua..take care dan salam semua..


Gambar ngan rocker yang baru aku belikan supaya dia leh lepak diam2 kat situ..

Hehehe..sengih je dia pakai baju raya....ala2 princess gitu..

Gambar raya pertama yang lengkap sebagai satu keluarga....

Posing sakan dulu sebelum pi sembahyang raya...

Baju raya memang takde tema tahun ni...darurat le katakan...

Princess kocik ngan mummy dia yang melaram pakai kebaya semenjak body dah susut ni..hehehe..

Say cheeseeeeeeeeee...

Haaaa...mula la tu nak mengamuk...

Gambar masa sambutan raya peringkat Kedutaan Malaysia..kehkehkeh...

My wife, Huda and the gang.....

Kelihatan 3 orang dadddy sedang bergelak ketawa menumpang gambar kat belakang...

Gambar Huda ngan Kak Rozie (staff kedutaan-baju coklat) semasa beraya kat umah dia. Sebelah Huda tu..eerrr..lupa lak apa nama dia dan yang si kocik berbaju kurung hijau tu anak Kak Rozie..

My wife ngan anak2 kepada Kak Ani, wife kepada Lt Kol Manaf yang muka dia iras2 cam muka bapak mertua aku..hehehe...

Baby Zahra dalam her car seat yang kepenatan beraya dek mengikut mak bapak dia..cian dia..hehehe

Wednesday, September 24, 2008

I'm backkkkkkk!!!!


Salam semua..

Setelah lama menyepi..terperosok di ceruk hutan Brisbane yang penuh dengan nyamuk dan agas...2-3 hari basah lencun bermandi hujan siang dan malam...maka aku pon selamatlah pulang ke Canberra mggu lepas..hehehe..kantoi gak le pose aku selama 8 hari masa dalam hutan tu..hehehe...so, sepanjang mggu lepas, aku cuma relax saja sambil menyiapkan report kadet2 yg aku assessed sepanjang tempoh exercise tu..ada 2 orang je failed out of 30. Baru je lepas debrief diorg tghari tadi. Hari ni, kami sekeluarga berbuka dengan nasik beriani semalam...haaa...alkisahnya semalam, aku host kan majlis berbuka puasa untuk kadet2 dari Indonesia yang datang melawat RMC ni..RMC mintak tolong aku organise kan. Ada 7 orang semuanya termasuk seorang pegawai pengiring dari Australia. Pastu, aku ada jemput gak 2 kadet Malaysia dari Australian Defence Academy ngan seorang kadet Brunei. Kadet2 Malaysia ni bukannya kadet Tentera Darat..diorang ni Navy ngan Airforce. ADFA ni lebih kurang sama taraf dengan kita punya ATMA kat KL tu. Huda masak nasik beriani daging, ayam goreng berempah, ayam masak merah, kari daging, kuih puff pastry ngan agar2..Resepi nasi beriani tu wife aku belajar dari kawan dia...wife pegawai tentera yg dok berkursus kat sini. Pheh..habis nasik beriani yang kitorang masak sebanyak 2 periuk tu..siap tapaukan untuk sahur diorang lagi. Aku ni bukan apa, kesian gak sesama sedara seagama ni..Mess RMC tu masakkan untuk diorang confirm ntahapahapanttah punya tu..tu pasal diorang nampak berselera je makan time berbuka kat umah aku. Yang lawaknya, salah seorang kadet Indonesia tu adalah anak seorang pelakon lelaki terkenal di Jakarta, Indonesia..alaaa...lupa lak pulak nama ayah dia apa sih...




Bulan-bulan posa ni, teringat lak suasana berpuasa di tanahair..especially kat kampung..teringat masa zaman budak2 dulu..teringat kat ketupat palas yang ayah aku rajin dok buat dan rendang pedas kerang yang mak aku masak..pheerrrggghhh....rasa cam nak balik esok gak! Kat sini, ada jual ketupat nona Adabi tu..so, ok le gak..tambahan pulak, ni la first time aku ngan huda beraya sebagai mak dan ayah kepada Nur Zahra Raudhah..hehehe..dah tua dah rupanye aku yeee... Sini, berbuka ala kadar je la...sahur sebelum 4.30 pg...berbuka kul 6.05 ptg...Nampak gayanya, kena mintak cuti sehari le Rabu depan coz nak beraya..hari keja time tu..

Memandangkan sekarang ni dah musim Spring, so pesta bunga2 atau dipanggil Floriade tengah berlangsung di sini. Paling menarik perhatian adalah bunga Tulip. Kitorang sekeluarga dah pi melawat dah..ramai tul manusia..tapi yang bestnya, masuk free je. Kalu kat Malaysia lum tentu lagi.

















Ok la...ada keja skit nak dibuek ni haa...selamat berpuasa semua...dan selamat berhabis duit berbelanja untuk raya...hehehehe...rajin2 la dengar lagu raya Senario tu..Aku kat sini selalu je semenjak dua menjak ni pasang lagu raya..bukak kat internet je..beratus2 lagu raya ada...selalu bukak kat http://www.imeem.com/laguraya . Ok semua, take care...

Thursday, August 28, 2008

Salam Ramadan Al-Mubarak n Aidilfitri

Salam semua..

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa n salam Aidilfitri kepada semua..
Rajin2la check salam perantauan d Utusan Online n paper Utusan Malaysia..manala tau terselit gambaq kami..hehe..
Doakanlah semoga aku diberikan kekuatan agar dapat berpuasa dalam hutan d Brisbane mulai 1 Ramadan hingga 14 Ramadan ini..hehe..
Dan Huda n baby Zahra akan berhijrah ke rumah kawan memandangkan dia tu amatlah penakut untuk dtinggalkan...
Semoga kita semua memperolehi keberkatan di bulan mulia yang bakal menjelang tiba..Insyaalah....

Thursday, August 21, 2008

Saat2 keberangkatan pulang &..life goes on...

Salam...

Setelah lama menyepi...(sibuk banyak skit2..hehehe), ni baru la ada masa skit nak update kan blog ni. Setelah kuar hutan 14 Aug ari tu (28 Aug ni masuk balik hutan..arrgghh!!), aku mohon cuti pada 18 Aug coz nak antar mak ngan mertua balik ke Msia...awal seminggu lebih kurang. Dua2 tu dah terlampau rindu dah nak balik Msia...paham..paham..hehehehe. So, kami bertolak ke Sydney Ahad 17 Aug (birthday mertua aku)..saja pi awal sehari coz boleh jalan2 skit dan senang urusan nak ke airport nanti. So, bila hari nak berlepas maka drama ayaq mata pon terjadi la kat airport tuu..cam biasa laaa...tahu2 je la masa sampai hari tu, baby Zahra baru 2 hari umur dia...dan sampai la dia 1 bulan lebih skrg ni..membesar depan mata depa..tu yg sedih tu nk tinggal tu..hehehehe..Baby Zahra ni pon pandai beremosi, masa nak hantar balik tu, dia tenung je muka mak ngan mertua aku lama2..selalunya dia jarang buat camtu..tu yg tambah lagi rencah kepiluan tu..hehehehehe. Emmm...sunyi dah umah aku skrg ni. Semalam ada hari ATM kat embassy..aku pi sorang je coz wife jaga baby Zahra. Patutnya hari ATM 16 Sept tapi, masa tu kan bulan posa so depa bawak ke depan supaya bleh buat makan2..hehehehe.. Ok la...ni aku ada sertakan gambar2 terkini...salam semua....take care.












































Sunday, August 3, 2008

Snow adventure

Salam semua...

Sabtu semalam, geng2 pegawai dari area Quanbeyan, NSW datang umah aku untuk melawat baby Zahra. So, cam biasa..buat makan-makan lagi petang tu. Kali ni, menunya ialah bihun goreng Singapore, roti canai kuah dall ngan agar-agar. Mak aku yang tukang buatnya. All credit to her coz semua orang puji bihun tu sedap, siap tapau bawak balik lagi. Pagi tadi (Ahad), kitorang gi tengok snow kat satu kawasan berbukit bukau lebih kurang 45 mins drive dari umah aku. Aku pun tak pernah tau kat situ ada snow sampai la my best buddy merangkap jiran aku, Capt Paul yang bagitau masa datang umah aku semalam ngan wife dia. Nama tempat tu Corin Forest. Seronok sakan la mak ngan mertua aku main snow..dapat gak diorang merasa main snow yang original punya..hehehehe. Walaupun snow tu takde la sebanyak snow kat Perisher Blue (3 hrs drive)..tapi berbaloi le gak...Ok la, ni ada aku kepilkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua..Ok, nanti aku akan update lagi kalu ada masa. Salam...



Baby Zahra dalam pangkuan Kim ngan husbandnya, Capt Paul..

Geng2 pegawai TD yang berkursus setahun kat sini...ada lagi yang malu nak bergambar..

Mak aku asyik buat snow ball je..dia kata, lain kali bawak air gula sama, leh buat ABC..

Posing untuk orang Bagan Tiang...

Mama ngan posing istimewanya untuk orang Bukit Ubi...

Snow ball tu nak baling ke, nak buat ABC?

Kedua-dua besan dok lawan baling snow ball..kalah bebudak..hehehe..

Gambar kenangan..baby Zahra dalam keta tengah tido..

Enjoy..jangan tak enjoy...

Happy dapat main snow yang original...kat Malaysia artificial je..

Posing istimewa kedua-dua besan...lupa jap perasaan nak balik Malaysia..

Leh tahan gak banyak snow kat sini...

Mama happy betul hari ni...

Cam Kakak ngan Adik lak aku tengok...

Gambar sekeluarga ngan baby Zahra berlatarbelakangkan snow..

Direnjis-renjis dipilis...aisehhh..tu snow laaa..

Kat sapa kami nak baling snow niiii....

Posing..jangan tak posing..

Lagi satu kali aaaa...

Mak aku plan nak bukak kedai ABC kat sini..joint venture ngan Mama..hehehe