Wednesday, December 24, 2008

Holiday in Gold Coast..kekekeke

Salam..

It has been a week now since me and my family have safely returned back from Gold Coast..Phew! What a long journey....Sorry for the delay in regards to update the entry coz there were so many things need to be done...cleening, resting etc..kekekeke..

Apapun, Alhamdulillah...syukur kepada Allah yang aku dan family selamat pergi dan pulang dari percutian.. Kitorang bertolak dari Canberra pada 12 Dec 08 lebih kurang kul 10.40 pagi dan sampai untuk bermalam di Port Macquire (lebih kurang 700km) lebih kurang kul 8.00 mlm. Kitorang menginap kat Cabin yang telah di 'booked' awal..hehehe..saja, takut penuh. Ok gak cabin dia..$75 dollar semalam siap ada dapur complete ngan pinggan mangkuk (aku x guna..kang x pasal2 kena samak lak). Kitorang bawak barang2 dapur siap2 dari Canberra..ayam sekor, rempah ratus, gula, garam, milo, kopi, kuali, periuk nasi, pinggan etc..hehehehe. So, dipendekkan cerita...leh kata memang bercuti habis-habisan la! Sok pagi tu, kitorang pun continue driving ke Surfers Paradise, Gold Coast yang jaraknya lebih kurang 400km lagi. Dah booked apartment dah kat situ..$95 dollar semalam..ok gak, fully furnished siap ngan washing machine + dryer..tepi pantai lak tu..cuma xde balkoni je. Apartment kitorang tu betul2 tengah Town Centre, so just walking distance je kalau nak jalan2 tengok kedai2 souveneir. Ada satu restoran Melayu kita kat situ..seberang jalan je ngan apartment aku dan nama restoran tu Maharani. Ada lagi kedai halal kat area2 situ tapi bukan melayu la. Kitorang cuma singgah sekali je makan kat situ, saja nak try coz kitorang masak sendiri je kat apartment. Makan nasik ayam, kuew teow goreng, air bandung ngan milo ais cuma $33 dollar jeee..hehehehe..hantam sajala! Kat Gold Coast tu, kitorang melawat Movie World (ala2 Disneyland gitu skit), Sea World, agenda shopping2 skit untuk Huda ngan pegi Brisbane (1 jam dari Gold Coast). Best le gak menghabiskan masa kat situ..yang penting, family happy. Kitorang stay kat Gold Coast sampai 19 Dec 08 sebelum balik. Actually, masa balik tu..aku drive straight x singgah bermalam kat mana2 dah coz kitorang planned nak tido kat umah Lt Kdr Shamsuri (Masters student dari TLDM) kat Wollonggong, Sydney utk 2 mlm. Saja nak melawat dia sambil leh jalan2 kat Sydney jap. Penat tu..penat le gak coz drive sejauh 925km! Cuma henti makan ngan rehat jap sambil tukar lampin si Zahra tu je...hehehehe..tapi aku ok je coz happy leh tengok tempat orang sepanjang perjalanan tu. So, dipendekkan cerita, kitorang cuma selamat pulang ke Canberra pada lewat petang 21 Dec 08..Alhamdulillah...Ok la, ni ada aku sertakan gambar2 terkini masa pegi Gold Coast tu..Allright, jumpa lagi..Take care semua....bye dulu..


Bergambar depan cabin kat Port Macquire..

Rehat utk lunch kat tepi sungai masa on the way to Gold Coast..

Huda ngan Zahra kat kedai souveneir..


Depan Hard Rock Cafe Surfers Paradise..

Pemandangan waktu malam kat area apartment kitorang..dekat je ngan Hard Rock Cafe..

Bergambar depan pintu masuk ke Movie World..

Masa tengah tunggu show Looney Tunes..Bugs Bunny and the gang..Suka Zahra!

Banyak adegan tari menari..Budak2 suka la..

Bergambar ngan karektor kartun Disney..Pussy Cat, Bugs Bunny ngan Tweety..Zahra tido lak!

Kat taman Wild Wild West, Movie World..

Huda x nak naik menatang kat belakang tu..so, x dapek la ese nak naikkkk..

Hehehehe..x dapat naik, bergambar pun jadilah..

Scooby Doo show...

Depan pawagam 4D Shrek..beratur panjang gak sebelum masuk..

Huda ngan Zahra bergambar ngan..err..aku x tau la menatang apa 2 ekor ni..hehehehe..Zahra tido lagi!

Skali lagi ngan Bugs Bunny ngan Tweety..dan..Zahra tido lagi...hmmm..

Batman ngan Bat mobile..cam poyo je..hehehehe..Ni masa diorang parade ramai2.

Bagus mamat ni..nampak Zahra je, terus datang bergambar..hehehe..Leh rekomen bagi medal ni..

Saja je amik gambar Bat Mobile ni..ingat nak beli sebijik tapi duit ngak cukup pak..
Gambar lepas parade..ramai sungguh pelawat walaupun hari biasa..

Masa tengah bergambar ni, ada satu mamat cina nak lintas depan camera aku (yang nampak lengan sikit belah kiri tu!) lintas depan aku. Aku lambai kat dia suruh jangan lintas, tapi dia ingat aku nak salam ngan dia! Haprak sungguh!

Gambar kat taman mainan kanak2..

Aku rasa cam nak join je bebudak main air kat belakang tu....

Zahra suka naik menatang Merry-Go-Round ni..Mak dia pun suka gak..hehehehe

Depan studio untuk Superman..ala..yang pakai spender kat luar tu..hehehehe

Bergambar kat depan Spaceshot..ingat nak naik tapi ada orang x berani nak naik, so..melepaaasss la lagiiii...

Eh..eh..happy je budak kecik ni..

Gambar depan Batman punyer bot..

Gambar depan Speed Racer punyer keta..

Smileeeee......

Bergambar depan pintu masuk ke Sea World..

Show yang paling best kat sini bagi aku..cerdik sungguh dolphin ni..

Tengok tu..leh tido lagi si Zahra ni..

Tu dolphin replika je tau..hehehe..

Gambar kat signboard je..maleh aa nak tengok coz orang ramai sangat..bukan ada apa sangat pun..

Haa..ni lagi satu show yang best kat sini..cuma segmen je agak pendek..

Zahra tu tengah mengantuk tu..tu yang posing daring semacam je tu..

Sesame Street show..bebudak ngan mak bapak budak sama2 enjoy..

Ni beruang kutub..kalau la leh gomol2...

Gambar depan aquarium besar yang menempatkan ikan2 jerung..

Haaa..ni gambar kat dalam tu..alaa..cam aquaria KLCC gak..

Gambar ngan replika Big Bird..

Bergambar depan pintu masuk ke taman mainan kanak2..

Rehat jap..lepak2 sambil tunggu masa nak pegi collect photo yang kitorang amik (official photo)..

Zahra ngan mummy dia..naik Merry-Go-Round je, nak tido la tu..

Menatang apa tu? Haaa..tu la Walrus..atau Gajah Laut..replika je..xde pun yang real punyer kat sini..

Singgah jap bergambar kat tepi pantai..kitorang x mandi pun..satu coz air laut agak sejuk walaupun tengah summer dan satu lagi, takut kulit terbakar maa..

Eleeehh..suka dia main pasir ekk..

Gambar kitorang masa lunch kat tepi Pantai Twin Heads, Surfers Paradise..

Sukanya dia main air..

Senyummm sokmo..

Masa balik dari Gold Coast..singgah bergambar kat "Big Banana", Coffs Harbour..actually, kat sini adalah tempat pengeluar pisang utama kat Australia ni...

Singgah lunch kat tepi jambatan..cantik tempat ni..aku rasa, ni first time burung2 camar tu merasa makan nasik kot..hehehe

Bergambar kat umah api di Wollonggong, Sydney..

Meriam yang terdapat kat sekitar umah api tersebut..kononnye ikut sejarah, nak mempertahankan tempat ni dari diserang oleh Russia..cam x logik je!

Bergambar ngan Lt Kdr Shamsuri TLDM dan wife, Kak Ani..

Kat tepi pantai Towradgi..dekat je ngan umah Lt Kdr Shamsuri..

Kebetulan ada cam aktiviti riadah kat sini..tumpang amik gambar je la..

Gambar ngan Lt Kdr Hasnan TLDM. Exchange officer navy yang tinggal di Sydney..

That's all folk! Cheers!

Monday, December 1, 2008

Additional photo...hehehehe

Salam...

Saja je singgah nak add gambar2 terbaru..hehehehe...



Suka main kaki..jangan isap kaki yeee....

Tengah memerap....abis semua dia marah kalu ngantuk nak tido..

Sibuk jeee...

Exercise time....

Kat mana aku ni yee?

Muka masaaammm jeee ngan mummy dia depan umah..

Eh! Ceria plak dalam rocker dia...

Masa kat umah salah seorang jiran..berkumpul ngan wife2 mat saleh yang ada baby...

Baru lepas mandi..

Suka main air budak kecik niiii...

Ngan daddy dia depan umah..balu balik keleja aaaa...

Masa raikan geng2 'Stirling' sebelum diorang berangkat balik Malaysia Dis ni..

Smile.....

Tiada diskriminasi kulit...hahahaha...anak daddy katakan...

Huda masa dijemput untuk breakfast di rumah Kak Iti, Stirling untuk raikan family Mej Hadi dari Wodonga, Victoria..

Eehh!! Sukanya dia makan nestum...

Huda+Zahra ngan Raihan+Laila..turut kelihatan Kalsom (wife Kpl Din-Dah selamat balik Malaysia dahhh..tima kasih atas budi baik selama disini..)..dan anak Kak Rozie. Ni masa kitorang buat BBQ kat umah Kak Rozie ngan Abg Taufik..

Apa tuuuuu???

Saturday, November 29, 2008

Huaaarrggghhhh.... ; )

Salam..
Lama betoi aku menyepi dari blog ni. Bukan apa, semenjak kuar hutan (final field exercise for 2008) ari tu, aku rasa cam nak rilek je sebanyak yang boleh..hehehehe..bukan maleh aaa..cuma nak hilangkan segala penat lelah dan kesibukan kerja sekejap sebelum cuti panjang bulan Dec ni. Pi office pun, bukan ada apa kerja sangat pon..sekadar tunjuk muka jap, check kalu ada apa2 yang memerlukan penglibatan atau saja2 volunteer tolong2 apa yang patut @ buat2 sibuk..hehehehe. Lain2 tu, aku just prepare apa yang patut untuk start mengajar next semester tahun depan..hahaha..diam x diam, dah setahun dah aku kat sini. Hujung tahun ni, ramai pegawai2 ATM yang berkursus panjang/pendek atau yang dah tamat tempoh posting akan balik ke Malaysia, dan diorang akan diganti dengan pegawai2 yang baru, so tahun depan aku akan bergaul le plak ngan geng2 baru. Harap2nya, diorang ok la cam geng2 yang lama ni..dan aku pon kena la organise kan atau mintak tolong sapa2 nanti utk tgkkan Huda ngan Zahra kalu aku masuk hutan lagi tahun depan..hahahaha..Kontrak ngan anak2 Lt Kol Manaf (Tok Bah) ngan Kak Ani ; Nur, Lina ngan Fiza (TQ bebanyak) dah tamat tempoh dah..hehehe..sama gak kontrak ngan Mej Rizan & Kak Mis serta Mej Omar ngan Kak Nor..hehehe..dah tamat kontrak gak. Mmmm..aku x berapa sihat hari ni..sakit lama aku masa kecik2 dulu (pedih ulu ati) datang menjengah hari ni..complete package ngan pening kepala lagi. Ni dah agak ok dah..maleh aa nak pi klinik eventhough Huda dok bising2 suruh aku pi klinik coz aku dah paham bebenor penyakit aku ni. Biasanya, dalam setahun..sekali aku akan kena dan paling kurang akan baik dalam tempoh sehari suntuk gak. Hehehehe.. Emmm...so far, plan untuk cuti panjang bulan Dec ni (6 mggu) kitorang nak pi jalan2 ke Gold Coast..lepak sana dalam seminggu gak. Sambil2 tu leh gak jalan2 tengok tempat2 menarik sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 13 jam berkereta tu. Kitorang akan stop jap dan bermalam dalam separuh perjalanan tu..somewhere atas skit dari Sydney..Port Macquire namanya. Harap2 selamat la percutian aku sekeluarga nanti..sapa2 nak join dari Malaysia (especially to Kak Ya and family..hehehe) leh la amik flight dari Malaysia dan jumpa kat Gold Coast nanti..hehehehe. Ok la. Stop dulu untuk pi mandi coz dah nak Maghrib dah. Ni aku ada sertakan gambar2 terkini yang sempat aku download kan dari camera aku.hehehe. Take care semua...



Masa aku amik kelas pasal SEA culture..

Hehehe..3 orang kuat aku yang membantu menjayakan segment SEA Culture presentation..hehehe.. Tahun depan, x tau lagi sapa aku nk import...

Family Lt Kol Manaf yang banyak membantu...

Zahra dok tengah "ralit" main dalam rocker dia..

Nasi Briyani made by Huda (termasuk lauk pauk..) masa farewell lunch yang kitorang host kan khas utk peg2 ATM yang akan pulang ke Malaysia hujung tahun ni..

Kari daging untuk briyani..

Ayam masak merah..

Ayam goreng berempah..

Acar....

Kuih puff pastry...

Agar2 pandan..

Puding roti made by Kak Ani..

Kelihatan aku yang sedang berjuang sambil bertungkus lumus memotong buah tembikai dengan pisau yang x berapa tajam..hehehe

Huda ngan Kak Ani..Kak Ani datang awal bantu kitorang prepare semua tu..

Lt Kol Manaf (Tok Bah) ngan Kak Ani bersama Zahra...Zahra x kekok ngan diorang ni..

Dari kiri; Fiza, Lina sambil dukung Zahra dan Nur...Zahra nak ngan diorang bertiga ni. Kalu ngan orang lain, confirm meraung....

Nur Zahra Raudhah.......mggu depan dah masuk 5 bulan dah..

Thursday, October 16, 2008

Marahnya akuuu!!!!!!

Aku sebenarnya maleh nak masuk campur hal2 yang melibatkan isu2 perkauman..tapi, kadang2 tu bila baca berita Utusan kat internet, hati aku memang panas membara dengan perangai manusia2 (bukan binatang) yang x reti2 bersyukur diberi peluang untuk menetap, berkeluarga dan mencari rezeki di bumi Malaysia..atau lebih tepat lagi di Tanah Melayu! Memang suasana politik di Malaysia agak goyah, apatah lagi ianya menyentuh kepimpinan tertinggi dalam pucuk pimpinan golongan Melayu iaitu UMNO, tapi sebenarnya yang benar2 menyemarakkan rasa geram lagi marah yang meluap2 ni adalah kerana ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh iaitu 2 bangsa yang memang aku boleh labelkan sebagai kurang ajar dan tidak mengenal budi (bukan semuanya...tapi majoritinya berperangai begitu). Alangkah bagusnya kalau puak2 ni di hantar untuk merasa kehidupan di negara lain seperti di sini, Australia..heh! Jangan harap la untuk merasa nikmat dan kuasa (politik) kat sini sepertimana di Malaysia. Walaupun boleh berjaya dalam kehidupan kat sini, jangan mimpi untuk menikmati kebebasan menyambut public holiday Gong Xi Fa Chai atau Deepavali..DIULANG!..JANGAN MIMPI! Kuil atau Tokong satu pun susah nak jumpa...Memang buta hati perut kalu x dapat nak bezakan dengan kebebasan yang mereka kecapi di bumi Malaysia..yang asal sejarahnya adalah tanah warisan orang Melayu, dan jangan pulak nak tunjuk jaguh dan kepintaran yang membuta tuli dengan cuba memutarbelitkan fakta sejarah serta mengungkit-ungkit ketuanan Melayu di bumi Malaysia. Cuba buat macam tu tengok kat Australia...aku nak tengok kalu berani?..Confirm kena lucut kewarnegaraan dan diusir keluar dengan keji..kalu nasib baik skit, mungkin kena pulau atau dipandang hina oleh rakyat asal disini. Apa lagi yang tak cukup baiknya orang Melayu kepada 2 bangsa yang lupa daratan ni? Kesimpulannya, aku maleh aaa nak berleter panjang sebab...hati aku memang mendidih gila sekarang ni..kalu le ada si bangsat2 tu depan mata aku sekarang ni (mereka yang claim pandai sangat tu), termasuk dengan orang2 melayu yang buta hati sanggup jadi lembu yang diikat hidung tu...memang confirm aku sumbat diorang ni dalam oven kat umah aku ni sekor2...biaq padan muka depa. Kepada orang2 melayu di Malaysia, fikir2 sejenak tentang perkara ini..jangan sibuk amik tau pasal sapa yang nak naik dengan turun je dalam politik. Semua yang rasa2 dirinya orang melayu, kena prihatin, bersatu hati dan perlu rasa bertanggungjawab bagi memastikan ketuanan melayu terus subur di tanah tumpah darah kita...semoga kita dirahmati olehNya sentiasa..aminnnnn.....