Saturday, November 29, 2008

Huaaarrggghhhh.... ; )

Salam..
Lama betoi aku menyepi dari blog ni. Bukan apa, semenjak kuar hutan (final field exercise for 2008) ari tu, aku rasa cam nak rilek je sebanyak yang boleh..hehehehe..bukan maleh aaa..cuma nak hilangkan segala penat lelah dan kesibukan kerja sekejap sebelum cuti panjang bulan Dec ni. Pi office pun, bukan ada apa kerja sangat pon..sekadar tunjuk muka jap, check kalu ada apa2 yang memerlukan penglibatan atau saja2 volunteer tolong2 apa yang patut @ buat2 sibuk..hehehehe. Lain2 tu, aku just prepare apa yang patut untuk start mengajar next semester tahun depan..hahaha..diam x diam, dah setahun dah aku kat sini. Hujung tahun ni, ramai pegawai2 ATM yang berkursus panjang/pendek atau yang dah tamat tempoh posting akan balik ke Malaysia, dan diorang akan diganti dengan pegawai2 yang baru, so tahun depan aku akan bergaul le plak ngan geng2 baru. Harap2nya, diorang ok la cam geng2 yang lama ni..dan aku pon kena la organise kan atau mintak tolong sapa2 nanti utk tgkkan Huda ngan Zahra kalu aku masuk hutan lagi tahun depan..hahahaha..Kontrak ngan anak2 Lt Kol Manaf (Tok Bah) ngan Kak Ani ; Nur, Lina ngan Fiza (TQ bebanyak) dah tamat tempoh dah..hehehe..sama gak kontrak ngan Mej Rizan & Kak Mis serta Mej Omar ngan Kak Nor..hehehe..dah tamat kontrak gak. Mmmm..aku x berapa sihat hari ni..sakit lama aku masa kecik2 dulu (pedih ulu ati) datang menjengah hari ni..complete package ngan pening kepala lagi. Ni dah agak ok dah..maleh aa nak pi klinik eventhough Huda dok bising2 suruh aku pi klinik coz aku dah paham bebenor penyakit aku ni. Biasanya, dalam setahun..sekali aku akan kena dan paling kurang akan baik dalam tempoh sehari suntuk gak. Hehehehe.. Emmm...so far, plan untuk cuti panjang bulan Dec ni (6 mggu) kitorang nak pi jalan2 ke Gold Coast..lepak sana dalam seminggu gak. Sambil2 tu leh gak jalan2 tengok tempat2 menarik sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 13 jam berkereta tu. Kitorang akan stop jap dan bermalam dalam separuh perjalanan tu..somewhere atas skit dari Sydney..Port Macquire namanya. Harap2 selamat la percutian aku sekeluarga nanti..sapa2 nak join dari Malaysia (especially to Kak Ya and family..hehehe) leh la amik flight dari Malaysia dan jumpa kat Gold Coast nanti..hehehehe. Ok la. Stop dulu untuk pi mandi coz dah nak Maghrib dah. Ni aku ada sertakan gambar2 terkini yang sempat aku download kan dari camera aku.hehehe. Take care semua...



Masa aku amik kelas pasal SEA culture..

Hehehe..3 orang kuat aku yang membantu menjayakan segment SEA Culture presentation..hehehe.. Tahun depan, x tau lagi sapa aku nk import...

Family Lt Kol Manaf yang banyak membantu...

Zahra dok tengah "ralit" main dalam rocker dia..

Nasi Briyani made by Huda (termasuk lauk pauk..) masa farewell lunch yang kitorang host kan khas utk peg2 ATM yang akan pulang ke Malaysia hujung tahun ni..

Kari daging untuk briyani..

Ayam masak merah..

Ayam goreng berempah..

Acar....

Kuih puff pastry...

Agar2 pandan..

Puding roti made by Kak Ani..

Kelihatan aku yang sedang berjuang sambil bertungkus lumus memotong buah tembikai dengan pisau yang x berapa tajam..hehehe

Huda ngan Kak Ani..Kak Ani datang awal bantu kitorang prepare semua tu..

Lt Kol Manaf (Tok Bah) ngan Kak Ani bersama Zahra...Zahra x kekok ngan diorang ni..

Dari kiri; Fiza, Lina sambil dukung Zahra dan Nur...Zahra nak ngan diorang bertiga ni. Kalu ngan orang lain, confirm meraung....

Nur Zahra Raudhah.......mggu depan dah masuk 5 bulan dah..

Thursday, October 16, 2008

Marahnya akuuu!!!!!!

Aku sebenarnya maleh nak masuk campur hal2 yang melibatkan isu2 perkauman..tapi, kadang2 tu bila baca berita Utusan kat internet, hati aku memang panas membara dengan perangai manusia2 (bukan binatang) yang x reti2 bersyukur diberi peluang untuk menetap, berkeluarga dan mencari rezeki di bumi Malaysia..atau lebih tepat lagi di Tanah Melayu! Memang suasana politik di Malaysia agak goyah, apatah lagi ianya menyentuh kepimpinan tertinggi dalam pucuk pimpinan golongan Melayu iaitu UMNO, tapi sebenarnya yang benar2 menyemarakkan rasa geram lagi marah yang meluap2 ni adalah kerana ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh iaitu 2 bangsa yang memang aku boleh labelkan sebagai kurang ajar dan tidak mengenal budi (bukan semuanya...tapi majoritinya berperangai begitu). Alangkah bagusnya kalau puak2 ni di hantar untuk merasa kehidupan di negara lain seperti di sini, Australia..heh! Jangan harap la untuk merasa nikmat dan kuasa (politik) kat sini sepertimana di Malaysia. Walaupun boleh berjaya dalam kehidupan kat sini, jangan mimpi untuk menikmati kebebasan menyambut public holiday Gong Xi Fa Chai atau Deepavali..DIULANG!..JANGAN MIMPI! Kuil atau Tokong satu pun susah nak jumpa...Memang buta hati perut kalu x dapat nak bezakan dengan kebebasan yang mereka kecapi di bumi Malaysia..yang asal sejarahnya adalah tanah warisan orang Melayu, dan jangan pulak nak tunjuk jaguh dan kepintaran yang membuta tuli dengan cuba memutarbelitkan fakta sejarah serta mengungkit-ungkit ketuanan Melayu di bumi Malaysia. Cuba buat macam tu tengok kat Australia...aku nak tengok kalu berani?..Confirm kena lucut kewarnegaraan dan diusir keluar dengan keji..kalu nasib baik skit, mungkin kena pulau atau dipandang hina oleh rakyat asal disini. Apa lagi yang tak cukup baiknya orang Melayu kepada 2 bangsa yang lupa daratan ni? Kesimpulannya, aku maleh aaa nak berleter panjang sebab...hati aku memang mendidih gila sekarang ni..kalu le ada si bangsat2 tu depan mata aku sekarang ni (mereka yang claim pandai sangat tu), termasuk dengan orang2 melayu yang buta hati sanggup jadi lembu yang diikat hidung tu...memang confirm aku sumbat diorang ni dalam oven kat umah aku ni sekor2...biaq padan muka depa. Kepada orang2 melayu di Malaysia, fikir2 sejenak tentang perkara ini..jangan sibuk amik tau pasal sapa yang nak naik dengan turun je dalam politik. Semua yang rasa2 dirinya orang melayu, kena prihatin, bersatu hati dan perlu rasa bertanggungjawab bagi memastikan ketuanan melayu terus subur di tanah tumpah darah kita...semoga kita dirahmati olehNya sentiasa..aminnnnn.....

Saturday, October 11, 2008

Jalan2 Melbourne..

Salam..

Sempena study leave seminggu (4 Oct - 12 Oct 08), kami sekeluarga mengambil kesempatan pergi jalan2 jap ke Melbourne sambil melawat saudara (Mat Deli) yang baru je melangsungkan perkahwinan ngan orang sini. Memandangkan kitorang drive ke sana, maka aku mengambil keputusan untuk bergerak pada sebelah pagi 4 Oct dan singgah bermalam di rumah salah seorang pegawai ATM, Capt Zainal and his wife Kak Aisyah (tima kasih bebanyak coz bagi kitorang menumpang tido..hehehe) yang bertugas cam aku gak di Kem Tentera Puckapunyal, Victoria...err, tu pun lagi sejam nak sampai Melbourne tu. Sambil2 tu, leh gak melawat Maj Zulkarnain yang tinggal berjiran kat situ...hehehe, kalu nak tahu..kita ada 2 seconded officers kat sini. Keesokan harinya, kitorang semua bertolak sekali ke Melbourne untuk menghadiri open house sempena raya kat umah Maj Ismail and family, lagi satu seconded officer yang tinggal kat Melbourne..haaa..kat situ meriah le gak coz leh berjumpa ngan ramai pegawai2 ATM samada yang sedang bertugas disini cam aku dan jugak yang sedang menghadiri kursus. Setelah memenuhkan perut, aku sekeluarga mintak diri coz dah janji ngan Mat Deli untuk tumpang bermalam kat umah dia sampai hari Rabu...kitorang sampai umah dia dah hampir Maghrib dah time tu..wife Mat Deli masakkan kitorang nasik ngan lauk pauk yang menyebabkan aku 'terpaksa' memenuhkan perut lagi sampai sebu..hehehehe..abih tu, sapa yang tak selera bila sampai2 je terus dihidangkan ngan sambal udang (udang besau2 tuuuu..), kari ikan dan nasik himpit..hehehehe. Memang seronok kitorang stay kat umah diorang...tambah2 lagi bila kita tahu yang kita ada sedara mara kat sini..takde la rasa sunyi bila dok jauh di perantauan ni..hehehe. Tima kasih banyak la kepada Mat Deli and wife yang tak jemu2 melayan kami yang menumpang teduh ni...silalah jemput ke Canberra nanti ye..dan kalu datang tu, wajib tido kat umah kitorang aa..hehehe. Program berjalan kat Melbourne takde la padat sangat coz bagi kitorang, the main reason why we going there is..just to meet our relative and friends. Yang lain2 tu, tengok la kalu sempat..lagi pun, first trip ni saja tinjau2 dulu sebelum yang betul2 proper punya.. Kitorang sempat le gak gi jalan2 kat Ballarat (tempat melombong emas satu masa dulu..pekan koboi)..yang tak sangkanya tu, leh terserempak gak ngan geng2 pegawai ATM dari Canberra yang datang jalan2 kat situ...hehehe. Pastu, hari yang lainnya, kitorang just pusing2 town ngan shopping mall je sebelum bergerak balik..Emmm, kitorang sampai umah jam 3 pagi..huhuhu...7 jam drive maaa...campur berhenti2 lagi. So, semalam ngan hari ni..kitorang just memenuhkan undangan open house keluarga2 melayu kat sini. Ni pun, baru je sampai umah. Sayu je aku nengok gambar kampung@umah aku yang terbaru dalam blog akak aku yang terbaru ni..iskiskisk..sentimental le plak time tu. Tak sabar nak tunggu tahun depan untuk abiskan kontrak aku kat sini..hehehehe.


Fm left: Kak Nor (wife Maj Omar TUDM), Kak Iti (wife Kol Faudzi TUDM) ngan Huda kat salah satu gerai koboi di Ballarat.

My wife ngan baby, hujan time kitorang datang sini...

Fm left: Maj Mona (wife Capt Jaafar), Kak Salwa (wife Maj Zul..cam muka akak aku kat KL je..hehehe), Kak Ros (wife Maj Ismail), Kak Aisyah (wife Capt Zainal) and Huda.

Eh! Suka lak dia...

Gambar kenangan ngan family Maj Zul ngan Capt Zainal di Puckapunyal sebelum gerak ke umah Maj Ismail.

Tengah standby untuk masuk dalam lombong bawah tanah kat Ballarat ni...sebelah kiri sekali tu ialah Kol Faudzi TUDM.

Me, my wife, baby Zahra ngan salah seorang anak Maj Omar TUDM.

Kiri sekali tu ialah Maj Omar TUDM..ni gambar kitorang ramai2 dalam pusat bowling zaman koboi kat Ballarat ni..hahahaha..

Kat belakang kitorang tu ada 2 je lane bowling..lane dibuat daripada kayu dan ball ngan pin dibuat daripada batu. Lepas baling, pungut sendiri laa..

Dalam gerai pembuatan barang2 tembaga..

Cute tak I?...hehehehe

Blues supporter...(NSW rugby team)

Dah pandai posing dah sekarang ni...tu tengah rimas le tu...

Bergambar kenangan ngan family Mat Deli..happy sangat dapat stay ngan diorang semua.

Kawasan mendulang emas (cam kat Rusila, Tgganu kiteee) di Ballarat.

I tak kisah kalu you all nak amik gambar I posing..hehehehe

Susah tul nak snap gambar budak kocik ni time dia tengah gumbira..ni kira nasib baik le dapat ni.

Senyuuuuummmmm.....

Gambar Huda ngan kawan2 masa open house di umah Lt Kdr Najahan TLDM. Yang berdiri dukung baby sebelah Huda tu Kak Mislea (wife Maj Rizan), yang duduk kat tengah2 pakai tudung warna cam purple pudar sambil riba anak tu Kak Siti (wife Lt Kdr Najahan TLDM)..Yang duduk sebelah Kak Mislea tu wife pegawai dari Pakistan..dari kiri tu Kak Iti ngan Kak Nor..yang lain2 tu, aku lupa lak nama diorang..hehehehe..sorry aaa..

Haaaaa...ni anak2 Kak Iti.....jurufoto rasmi sempena open house kat umah Lt Kdr Najahan TLDM..hehehehe..sapa2 nak upah amik gambar..atau tolong vacuum carpet kat umah..hehehe..tak mahal, AUD$50.00 je seminit!..Harga bleh runding...kikikik...

Ok...tu je buat masa ni...take care semua...salammmm.....

Friday, October 3, 2008

Aidilfitiri 2008..salam kejauhan....

Salam Aidilfitri...

Maaf Zahir dan Batin...Hmmmm...Lain bebenor rasenye beraye kat perantauan ni. Memang la raya tu, kat mana2 pun boleh raya tapi suasana saja yang tak akan sama kalau nak compare sambut raya kat tanahair sendiri ngan sambut raya kat bumi asing cam kat sini. Tapi, terus terang cakap, suasana kat sini pun leh tahan le hebatnya gak sebab macam kat Canberra ni ramai gak orang2 Melayu kita..tak kira la samada taraf diorang PR, student (tentera atau awam) dan yang datang melawat, masing2 sibuk bercerita sambil menikmati juadah yang disediakan secara gotong rotong oleh segelintir staff kedutaan Malaysia. Lepas sembahyang raya kat masjid yang kebetulannya bersebelahan dengan Kedutaan Malaysia, kitorang terus je serbu ke kedutaan. Baby Zahra happy tul..asyik dok sengih2 je coz pakai baju kembang ala2 princess yang mummy dia belikan. Dari pagi sampai ke malam, aktiviti kitorang sekeluarga adalah melaksanakan lawatan tak rasmi dari rumah ke rumah sambil memenuhkan perut...siap take a break balik umah jap untuk mengosongkan 'tank' sebelum sambung balik..hehehehe. Baby Zahra mood dia punya la baaaiiiikkkk time raya ni. Tak meragam langsung..sengih2, pastu tido...cuma merengek time nak susu ngan tukar lampin je. Ramai la gak kengkawan yang dok puji dia..tambah2 bila tengok dia pakai baju raya dia tu..mummy ngan daddy dia je yang takde baju raya..hehehehe..Memandangkan aku cuma dapat off sehari je, maka takleh la raya lebih2 coz esok nak keja balik. Syukuuuuurrrr sapa2 yang dapat raya kat Malaysia walaupun cuti cuma dapat dalam 3-4 hari kalu nak compare ngan aku. Tapi takpe coz next week aku dapat study leave seminggu. Esok ni (Sabtu) kitorang sekeluarga plan nak pi jalan2 ke Melbourne..mungkin lepak sana sampai Selasa. Sambil2 jalan tu, leh gak melawat sahabat2 yang berada di sana..especially kengkawan askar yang bertugas kat sana. Aku plan untuk tido semalam kat umah Mat Deli, my sedara yang baru kahwin ngan orang sini. So, sementara dia masih ada kat sini (dengar katanya baru je siap pindah umah baru ngan wife dia minggu lepas), leh la aku melawat dia..tengok macam mana kehidupan dia kat sini...lagipun, aku memang dah lama tak jumpa dia. Ok la, aku mintak diri dulu coz nak kemaskan beg2 untuk pi Melbourne sok pagi. Huda tengah busy dok prepare bekal nasik lemak untuk sok pagi..hehehe..Ni aku ada sertakan gambar2 raya untuk tatapan semua..take care dan salam semua..


Gambar ngan rocker yang baru aku belikan supaya dia leh lepak diam2 kat situ..

Hehehe..sengih je dia pakai baju raya....ala2 princess gitu..

Gambar raya pertama yang lengkap sebagai satu keluarga....

Posing sakan dulu sebelum pi sembahyang raya...

Baju raya memang takde tema tahun ni...darurat le katakan...

Princess kocik ngan mummy dia yang melaram pakai kebaya semenjak body dah susut ni..hehehe..

Say cheeseeeeeeeeee...

Haaaa...mula la tu nak mengamuk...

Gambar masa sambutan raya peringkat Kedutaan Malaysia..kehkehkeh...

My wife, Huda and the gang.....

Kelihatan 3 orang dadddy sedang bergelak ketawa menumpang gambar kat belakang...

Gambar Huda ngan Kak Rozie (staff kedutaan-baju coklat) semasa beraya kat umah dia. Sebelah Huda tu..eerrr..lupa lak apa nama dia dan yang si kocik berbaju kurung hijau tu anak Kak Rozie..

My wife ngan anak2 kepada Kak Ani, wife kepada Lt Kol Manaf yang muka dia iras2 cam muka bapak mertua aku..hehehe...

Baby Zahra dalam her car seat yang kepenatan beraya dek mengikut mak bapak dia..cian dia..hehehe

Wednesday, September 24, 2008

I'm backkkkkkk!!!!


Salam semua..

Setelah lama menyepi..terperosok di ceruk hutan Brisbane yang penuh dengan nyamuk dan agas...2-3 hari basah lencun bermandi hujan siang dan malam...maka aku pon selamatlah pulang ke Canberra mggu lepas..hehehe..kantoi gak le pose aku selama 8 hari masa dalam hutan tu..hehehe...so, sepanjang mggu lepas, aku cuma relax saja sambil menyiapkan report kadet2 yg aku assessed sepanjang tempoh exercise tu..ada 2 orang je failed out of 30. Baru je lepas debrief diorg tghari tadi. Hari ni, kami sekeluarga berbuka dengan nasik beriani semalam...haaa...alkisahnya semalam, aku host kan majlis berbuka puasa untuk kadet2 dari Indonesia yang datang melawat RMC ni..RMC mintak tolong aku organise kan. Ada 7 orang semuanya termasuk seorang pegawai pengiring dari Australia. Pastu, aku ada jemput gak 2 kadet Malaysia dari Australian Defence Academy ngan seorang kadet Brunei. Kadet2 Malaysia ni bukannya kadet Tentera Darat..diorang ni Navy ngan Airforce. ADFA ni lebih kurang sama taraf dengan kita punya ATMA kat KL tu. Huda masak nasik beriani daging, ayam goreng berempah, ayam masak merah, kari daging, kuih puff pastry ngan agar2..Resepi nasi beriani tu wife aku belajar dari kawan dia...wife pegawai tentera yg dok berkursus kat sini. Pheh..habis nasik beriani yang kitorang masak sebanyak 2 periuk tu..siap tapaukan untuk sahur diorang lagi. Aku ni bukan apa, kesian gak sesama sedara seagama ni..Mess RMC tu masakkan untuk diorang confirm ntahapahapanttah punya tu..tu pasal diorang nampak berselera je makan time berbuka kat umah aku. Yang lawaknya, salah seorang kadet Indonesia tu adalah anak seorang pelakon lelaki terkenal di Jakarta, Indonesia..alaaa...lupa lak pulak nama ayah dia apa sih...




Bulan-bulan posa ni, teringat lak suasana berpuasa di tanahair..especially kat kampung..teringat masa zaman budak2 dulu..teringat kat ketupat palas yang ayah aku rajin dok buat dan rendang pedas kerang yang mak aku masak..pheerrrggghhh....rasa cam nak balik esok gak! Kat sini, ada jual ketupat nona Adabi tu..so, ok le gak..tambahan pulak, ni la first time aku ngan huda beraya sebagai mak dan ayah kepada Nur Zahra Raudhah..hehehe..dah tua dah rupanye aku yeee... Sini, berbuka ala kadar je la...sahur sebelum 4.30 pg...berbuka kul 6.05 ptg...Nampak gayanya, kena mintak cuti sehari le Rabu depan coz nak beraya..hari keja time tu..

Memandangkan sekarang ni dah musim Spring, so pesta bunga2 atau dipanggil Floriade tengah berlangsung di sini. Paling menarik perhatian adalah bunga Tulip. Kitorang sekeluarga dah pi melawat dah..ramai tul manusia..tapi yang bestnya, masuk free je. Kalu kat Malaysia lum tentu lagi.

















Ok la...ada keja skit nak dibuek ni haa...selamat berpuasa semua...dan selamat berhabis duit berbelanja untuk raya...hehehehe...rajin2 la dengar lagu raya Senario tu..Aku kat sini selalu je semenjak dua menjak ni pasang lagu raya..bukak kat internet je..beratus2 lagu raya ada...selalu bukak kat http://www.imeem.com/laguraya . Ok semua, take care...